XPDC Belia Bebas Jenayah

|








XPDC ini telah diadakan pada 17-19 Julai 2009. Tujuan XPDC ini diadakan adalah untuk mencegah jenayah yang berlaku di kalangan belia di negara kita. XPDC ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor bin Othman iaitu ahli parlimen Hulu Terengganu. Peserta XPDC ini berkonvoi dengan kereta ke Cherating Sanctuary Resort dan disertai lebih kurang 20 buah kereta. Sebelum berkonvoi, YB ahli parlimen Hulu Terengganu telah mengedarkan lebih kurang 30 pasang topi keledar kepada penunggang motosikal yang lalu-lalang di sekitar bandar Kuala Berang. Peserta XPDC begitu gembira kerana memperoleh pengalaman yang sukar dilupakan selain membantu generasi belia supaya menghindari jenayah.

0 comments:

Post a Comment