Jamuan Hari Raya dan Rumah Terbuka Persatuan Ikatan Belia

| 0 comments






Pergh...Memang best..Nasi goreng,ayam panggang,sate,kuih-muih dan banyak lagi la....Nak sebut pun da xlarat pasal byk sgt...ok la...ni nak story skit..Jamuan Hari Raya aidilfitri ni tlah diadakan pada 25 September 2009 bersamaan 6 syawal...kirenye hari raya ke-6 la..memang ramai yg telah datang bgi mewarnai kmeriahan rumah trbuka persatuan ini yang bru pertama kli diadakan pda thun ni...rmai ahli2 perstuan x kire prstuan sinaran belia mhupun perstuan ikatan belia tlh dtg ke rumah terbuka....mmg best...

Baju Tee Persatuan Ikatan Belia Kg Padang Tara Siap..!!!

| 0 comments


Baju tee Persatuan Ikatan Belia Telah pun siap dan akan diedarkan kepada semua ahli persatuan yang telah menempah baju ini. Baju berwarna hitam dan putih ini telah di 'design' oleh salah seorang ahli persatuan iaitu saya sendiri, Muhamad Syafiq. Baju ini telah disiapkan oleh Altitude Enterprise.

Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2009

| 0 comments






Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2009 telah diadakan pada 15 Ogos 2009

bertempat di Kompleks Sukan Tertutup Kuala Terengganu. Perhimpunan ini menghimpunkan semua persatuan
belia di negeri terengganu dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu iaitu, YB Dato' Ahmad Bin Said.
Perhimpunan bertujuan untuk menyampaikan Anugerah Belia Negara 2009 dan Anugerah Tokoh Belia 2009.
Persatuan Sinaran Belia (MAYC) Kg Buluh telah menjadi johan dalam kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
peringkat negeri terengganu. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras ahli persatuan belia tersebut yang telah
memberikan komitmen 100% dalam aktiviti belia.

XPDC Belia Bebas Jenayah

| 0 comments








XPDC ini telah diadakan pada 17-19 Julai 2009. Tujuan XPDC ini diadakan adalah untuk mencegah jenayah yang berlaku di kalangan belia di negara kita. XPDC ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor bin Othman iaitu ahli parlimen Hulu Terengganu. Peserta XPDC ini berkonvoi dengan kereta ke Cherating Sanctuary Resort dan disertai lebih kurang 20 buah kereta. Sebelum berkonvoi, YB ahli parlimen Hulu Terengganu telah mengedarkan lebih kurang 30 pasang topi keledar kepada penunggang motosikal yang lalu-lalang di sekitar bandar Kuala Berang. Peserta XPDC begitu gembira kerana memperoleh pengalaman yang sukar dilupakan selain membantu generasi belia supaya menghindari jenayah.

Perkhemahan Patriotik Di Pulau Poh Tasik Kenyir

| 0 comments











Perkhemahan Patriotik kali ni diadakan kat Pulau Poh di Tasik Kenyir. Berlangsung slama 3 hari
2 malam dan disertai oleh 40 orang belia dari seluruh daerah Hulu Terengganu. Tujuan prkhemahan
ini diadakan adlh utk menaikkan jatidiri dan patriotisme di kalangan remaja. Seramai 10 orang
jrulatih/fasilitator yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan prkhemahan ini. Pelbagai XTVT
menarik dan mencabar juga diadakan seperti berkayak,absailing,rottring dan malam kebudayaan.
Penglaman menyertai program ini memberi impak yg bgitu besar kepada belia-belia yang terlibat
dlm semangat cintakan negara.

KURSUS BAHASA INGGERIS HOMESTAY KAMPUNG BULUH

| 0 comments









Kursus ini telah diadakan di balai raya Kg Buluh iaitu pusat bagi Homestay Kg Buluh. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari. Kursus ini telah dianjurkan oleh pihak Homestay Kg Buluh bagi membolehkan peserta pengurusan homestay lebih fasih berbahasa. Kursus ini telah dikendalikan oleh seorang guru berpengalaman yang juga seorang guru bahasa inggeris untuk pengurusan pelancongan, En. Ibrahim Abu. Pengalaman menngikuti kursus ini memang tidak dapat dilupakan.

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN

| 0 comments


First sampai

dengar ceramah

Fail

Sempat lagi bergambar

Ceramah


Seminar ini telah diadakan di Hotel YT Midtown di Kuala Terengganu dan telah diadakan selama 2 hari 1 malam bermula dari 15 Jun 2009 hingga 16 Jun 2009. Seminar ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Terengganu dengan kerjasama Majlis Penggalakan Ekonomi Belia. Tujuan diadakan seminar ini adalah bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai belia untuk menyertai bidang perniagaan. Banyak input-input berguna yang kami perolehi dari seminar ini dan berharap agar seminar dapat diadakan sekali lagi dan lebih lama.

KURSUS PENGGERAK REKREASI TAHAP 1, NEGERI TERENGGANU 2009,PENGKALAN GAWI,TASIK KENYIR....

| 0 comments








Kursus Penggerak Rekreasi Tahap Satu, Peringkat Negeri Terengganu ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Rekreasi dan Eksplorasi Negeri Terengganu. Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 28 Mei 2009 hingga 31 Mei 2009 yang diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Kursus ini dianjurkan bagi mencari pelapis yang baru untuk menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi. Seramai 60 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu telah menyertai kursus ini termasuk 4 orang wakil Persatuan Belia Kampung Buluh yang telah dipilih untuk menyertai kursus ini. Pelbagai aktiviti rekreasi diadakan sepanjang kursus terbabit antaranya adalah Absailing (high rope), low rope, kayaking, orieenteering dan blind trail. Pengalaman menyertai kursus sebegini memang tidak akan dapat kami lupakan. Sekian.
(Wakil persatuan belia kg Buluh yang menyertai Kursus Penggerak Rekreasi Tahap 1)

pErtanDingan memAncing TerTutup bElia Kg.Buluh

| 0 comments

.......sg.berang underlake.....

Belia dan kanak-kanak yang turut serta dlam pertandingan ini.

Pertandingan memancing ini juga, turut bersama ialah penolong peg.Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.Puan NorDalilah yang sgat sporting dan best...


Aktiviti ini diadakan pada 04:03:2009,bertempat di sg.berang bawah jambatan kg.buluh yang bergitu indah dan mempersona permandangannya di waktu pagi...aktiviti ini dirasmikan oleh cikgu awang iaitu p'bantu ahli parlimen Hulu Terengganu.. tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan lagi siratulrahim sesama belia dan masyarakat gagasan kg.buluh..ia juga bagi memupuk semangat belia berkerjasama antara belia,satu kejayaan juga bagi belia sinaran ikatan ini kerana menunjukkan komitmen yang baik dalam menjalankan aktiviti ini dengan semangat teguh ikatan belia...1 Belia 1 negara...


posted by:Sumb@t

Geng2 Baju Oren

| 0 comments






Ini adalah gambar2 ahli Persatuan Belia Kampung Buluh. Dengan memakai baju yang bertemakan warna daerah, ahli2 persatuan berkumpul untuk menjayakan sambutan Hari Belia Negara.