KURSUS PENGGERAK REKREASI TAHAP 1, NEGERI TERENGGANU 2009,PENGKALAN GAWI,TASIK KENYIR....

|








Kursus Penggerak Rekreasi Tahap Satu, Peringkat Negeri Terengganu ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Rekreasi dan Eksplorasi Negeri Terengganu. Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 28 Mei 2009 hingga 31 Mei 2009 yang diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Kursus ini dianjurkan bagi mencari pelapis yang baru untuk menjadi jurulatih bagi aktiviti rekreasi. Seramai 60 orang peserta dari seluruh negeri Terengganu telah menyertai kursus ini termasuk 4 orang wakil Persatuan Belia Kampung Buluh yang telah dipilih untuk menyertai kursus ini. Pelbagai aktiviti rekreasi diadakan sepanjang kursus terbabit antaranya adalah Absailing (high rope), low rope, kayaking, orieenteering dan blind trail. Pengalaman menyertai kursus sebegini memang tidak akan dapat kami lupakan. Sekian.
(Wakil persatuan belia kg Buluh yang menyertai Kursus Penggerak Rekreasi Tahap 1)

0 comments:

Post a Comment