Persatuan Belia Kampung Buluh, Kuala Berang

|


Tujuan utama blog ini dicipta adalah untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti kami, PERSATUAN BELIA KAMPUNG BULUH, KUALA BERANG, HULU TERENGANU untuk dikongsi bersama pengunjung yang mengunjungi laman blog ini. Saya sebagai salah seorang pengaran untuk blog ini berharap agar aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat menyemai nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri kita sebagai umat manusia dan juga sebagai belia yang akan menjadi generasi pelapis kepada pemimpin yang sedia ada. Persatuan Belia Kampung Buluh terbahagi kepada dua iaitu Persatuan Sinaran Belia (MAYC) Kampung Buluh dan Kampung Buluh Batu Bersurat, dan Persatuan Ikatan Belia Kampung Buluh Padang Tara. Walaupun kami terbahagi kepada dua bahagian namun kami masih lagi di bawah tunjang yang sama dan misi yang sama iaitu untuk melatih belia-belia bukan hanya yang bernaung di bawah persatuan ini malah untuk belia-belia di seluruh Malaysia bagi mengembalikan jati diri dan semangat cintakan negara agar dapat menjadi pemimpin di masa yang akan datang. Sekian daripada saya: Muhamad Syafiq Bin Abd Rashid. Salah seorang 'author' untuk blog ini. Wassalam......

0 comments:

Post a Comment